CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 6 November 2015

PEGANG HATIKU YA ALLAH

Hari berganti hari ..

Luka di hati semakin pulih ...
Terima kasih Ya Allah ...

Jika kita ikhlas akan sesuatu yang mengecewakan kita ..
Allah akan bagi yang lebih bak untuk kita ..
Cuma kita perlu sabar :)

Ya.. sabar tu kunci utama ..

Hati ini semakin tenang dengan kehadiran pemilik hati yang sebenar ..pencipta bahagia yang sebenar ..
Hanya padaMu tempat aku bersandar sepenuhnya ..

Ujian yang hadir ini mematangkan aku ..mendewasakan aku ..

Dan hari ni ..aku mampu tersenyum lagi setelah jatuh tersungkur

:) cukuplah Allah di hatiku ..

Monday 20 April 2015

8 HAL YANG MEMATIKAN H A T I

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum semua.

Sudah begitu lama tidak menulis di laman blogku ini. Maaf.. Agak busy ckit kebelakangan ini. Hari ini ana ingin berkongsi serba sedikit tentang tanda-tanda yang boleh mematikan hati.

Rasulullah SAW bersabda, 
"Ketahuilah di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik, maka baik pulalah seluruh perbuatannya. Dan, apabila ia rusak, maka rusak pulalah seluruh perbuatannya. Ketahuilah itu adalah hati." 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Hati-hatilah dengan hati kita, biarkan hati kita hidup dan bercahaya. Jangan sekali-kali membunuh hati kita secara perlahan. Bagaimana kita membunuh hati kita secara perlahan?

Menurut Ibrahim bin Adham, kita akan mematikan hati kita dengan hal-hal berikut:

1. Mengetahui hak ALLAH sebagai Tuhan, tetapi tidak menegakkan hak itu (untuk disembah, dicintai, ditaati, diharap dan ditakuti).
2. Mengakui Al-Qur'an sebagai wahyu ALLAH, tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan.
3. Mencintai Nabi tetapi mengabaikan sunnahnya.
4. Takut mati, tetapi tidak mempersiapkan diri.
5. Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi semangat mengikuti kehendaknya.
6. Takut neraka tetapi senang melakukan maksiat.
7. Menginginkan syurga, tetapi malas beramal soleh.
8. Kekurangan diri sendiri dilupakan, tetapi kekurangan orang lain diingat-ingat dan dibesar-besarkan.

Semoga dengan semakin bertambahnya usia, kita bisa lebih bijak dalam memanage hati kita, menjaga dan merawatnya agar terus bercahaya. Orang yang hatinya telah mendapatkan cahaya Ilahi, maka insya ALLAH dia akan menjadi penerang bagi orang-orang di sekitarnya yang senantiasa membimbing dan mengajak orang-orang disekitarnya kepada kebenaran dan kebaikan. Dia akan memberikan pencerahan dan menyebarkan kedamaian dimana pun dia berada. Aamiin...

Friday 20 September 2013

MENUMPANG BARAKAH JUMAAT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....

Alhamdulillah. Ucapan syukur yang tidak terhingga buat Allah Jalla Wa ‘Ala. Jumaat yang penuh barakah. Masih diberi peluang meneruskan sisa hidup di dunia. Umur semakin bertambah, perjalanan semakin hampir ke perhentiannya. Ya Allah, pimpinlah aku menusuri perjalanan ini ke penghujungnya. Tika ini mungkin beringat, bimbang satu saat diri terleka dan terlepas bebas tanpa kawalan. Alangkah ruginya jika tidak sempat bertaubat. Ampuni hamba-Mu yang hina dan dina ini Ya Ghaffar.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Sayyiduna Muhammad Sallallah ‘Alayh Wasallam. Tanda cinta, perbanyakkan selawat ke atas baginda. Budi dan jasanya tidak ada tandingan walau dihimpunkan seluruh umatnya sekalipun. Bisakah cinta bertandang andai peribadi agung itu tidak pernah dirindui? Akankah rindu berputik andai insan termulia itu tidak pernah dikenali. Mari bermuhasabah agar kita fahami erti kenal dan cinta yang benar. Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Alihi Muhammad.



Putaran masa pantas sekali. Mudah-mudahan umur ini sentiasa dimanfaatkan. Subhanallah, syukur hanya dipanjatkan kepada Ilah yang satu. Alhamdulillah, hari ini masih diizinkan untuk menikmati kurniaan-Nya. Mudah-mudahan imanku semakin menebal, amalku semakin bermutu, dan sujudku semakin berpanjangan. Ya Syakur, bimbinglah aku menjadi hamba-Mu yang syakur.Amin ya Rabb.

Menumpang barakah Jumaat yang mulia. Terasa bererti dan bermakna hidup ini bila dihayati keberkatan Jumaat itu. Alangkah indahnya jika hari Jumaat juga menjadi pengakhiran usiaku di dunia. Itulah harapan setiap mukmin. Moga tidak menjadi suatu kesalahan untuk aku juga berharap sedemikian. Allahumma Ikhtim La-na bi Husni al-Khatimah wa La Takhtim ‘Alayna bi Su’ al-Khatimah.



Kata mama, “hari jadi bukan untuk suka-suka. Tapi kena buat sujud syukur, berterima kasih kepada Allah kerana memberikan umur yang panjang. Moga-moga menjadi hamba Allah yang taat, in-sya-Allah. Itulah cara bersyukur”. Inilah kata-kata yang selalu diingat setiap kali ada ahli keluarga atau sahabat yang menyambut hari lahir. Ya, setuju dengan kata-kata mama. Pernah juga teringin untuk merasai betapa seronoknya menyambut hari lahir seperti orang lain. Tetapi aku tidak menemukan keindahan dan ketenangan. Hanya kekenyangan yang membuatkan diri malas untuk beribadah dan keseronokan melampau yang membuat diri leka. Terasa betapa sia-sianya masa yang dilalui. Bukan tidak boleh, tetapi bersederhana sahaja. Semoga ia menjadi suatu pengajaran buat diri.


Ingin juga diabadikan ucapan doa salah seorang teman yang menjadi pembakar semangat in-sya-Allah:
"Moga-moga dimurahkan rezeki dan diberkati-Nya serta, ditiup semangat-semangat jihad dalam diri kita. Amiinnn"

Bagaimana hendak melahirkan rasa syukur? Argh! Soalanku seperti anak kecil yang baru hendak mengenal dunia. Tapi biarlah! anak kecil juga manusia. Asal saja hatinya ingin hidup bertuhan dan dekat kepada Allah, dia lebih mulia dari si tua yang hanya asyik mencari keseronokan dunia semata. Seketika, hisablah diri…kerana rasa syukur itu tidak akan terbit dengan sendiri jika nikmat yang dikurniakan-Nya tidak dikeluarkan satu persatu.

Thursday 19 September 2013

:::..JANGAN BERDUKA..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Untuk yang sedang bersedih...
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka...
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah...
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah...
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Ini untukmu yang sedang bersedih
Dalam rangka menasihati diri sendiri…

:::.. BERSYUKURLAH ..:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....

Saya RASA saya SUSAH
Tapi ada yang lebih SUSAH dari saya
Saya RASA saya DERITA
Tapi ada yang lebih DERITA dari saya
Saya RASA saya SEDIH
Tapi ada yang lebih SEDIH dari saya
Saya RASA saya SAKIT
Tapi ada yang lebih SAKIT dari saya

Rupanya saya lebih SENANG dari mereka
Rupanya saya lebih BAHAGIA dari mereka
Rupanya saya lebih GEMBIRA dari mereka
Rupanya saya lebih SIHAT dari mereka

Alhamdulillah wa syukurillah...
BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN..

Doa Untuk Saudara di Mesir


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! 
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami, Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir, di Syria dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
 
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
 
Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.
 
Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
 
Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
 
Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
 
Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzalimi di Mesir dan semua tempat.
 
Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
 
Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.
 
Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
 
Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
 
Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati musuh Islam.
 
Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!
 
Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami,
 
Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..
 
ALLAHU RABBI, Ya Allah Rabbul Jalil, jatuhkanlah bala terhadap tentera Al Sisi di Mesir, Bashar di Syria , sokongan Yahudi, Zionis laknatullah.
 
Hancurkanlah mereka yg sangat zalim ini. Cerai beraikanlah mereka yg telah banyak membunuh saudaraku yg x bersalah dgn begitu kejam. Laknat ke atas Bashar, al sisi! Laknat keatas Amerika, Yahudi, Israel zionis,... paling kurang pun Ya Allah, cabutlah dan pecahkan lah uratsaraf setiap mereka ini, agar mereka tidak dapat bergerak untuk membunuh dan menzalimi orang2 Islam Ya Allah ...
 
Sedarkanlah penduduk dunia supaya MENOLAK pakatan JAHAT yahudi, israil, amerika, zionis, russia & negra Islam yg bersekongkol. Jangan jadikan MESIR seperti di Palestin, Iraq dan Libya, Algeria daN Syria SERTA NEGARA ISLAM LAINNYA, kasihanilah orang tua, wanita dan kanak-kanak...
 
Ya ALLAH hancurkan pakatan mereka jangan sampai berbaki kroni mereka seperti burung Ababil hancurkan tentera Abrahah dgn kekuasaan Mu dan tetapkan kemenangan kepada Golongan Islam Sejati dan tetapkan iman kami serta penuh kesabaran dan kami bersatu hati Ya ALLAH Ya Rabbal Alamin... 
 
Ya ALLAH, Engkau hapuskanlah juga PAKATAN JAHAT yang ada di MALAYSIA YA ALLAH. Berikanklah KESEDARAN kepada pemimpin serta masyarakat kami mengenai Islam. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan YANG MAHA BESAR lagi MAHA BERKUASA.
 
Sesungguhnya tiada Tuhan lain yangkami sembah MELAINKAN-MU Ya ALLAH.
 
Aamiin Ya Rabbal alamin.
 
#PrayForEgypt
#R4BIA

Semua Milik Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....


Di kurnia bahagia bukan bererti selamaanya.
Di kurnia duka bukan bererti berakhir segalanya.
Siap sedialah duhai insan kerana hidup ini tidak
menjanjikan apa yang kau inginkan,
tetapi mmberi apa yang kau perlukan.

Senyum dan bersyukurlah,
Kerana segalanya milik Allah.

dont break people's heart,
let yours be broken,
that is fine..