Umat Islam sekarang
suka berseronok dan bersuka ria. Apabila berbicara tentang mati, mereka hanya
mengakui bahawa mati itu pasti datang. Sedikit sahaja yang mengambil langkah
persediaan bagi menghadapi mati. Ramai yang membeli polisi insuran nyawa atau
kemalangan berbanding membuat persediaan menghadapi hari mati.
Di dalam Surah
Al-Baqarah ayat 95, Allah telah menceritakan gelagat orang-orang Yahudi yang
hidup melakukan dosa dan tidak memikirkan sangat soal mati. Firman Allah, “Dan
sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan
sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan
orang-orang yang zalim itu.”
Menurut Abdullah
Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan
berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya,
“Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan
maut dan membaca Al-Quran.” [1]
Wallahu’alam.