♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥
Imam Al-Ghazali mengemukakan ada 14 macam bahaya lidah yang harus diperhatikan
manusia..
♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥
(¯`•.¸ღ Perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh
membuatkan hati kasar.
(¯`•.¸ღ Mereka yang banyak bercakap, maka dia banyak
bohong.
(¯`•.¸ღ Bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang
beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari perkataan
dan perbuatan yang tidak bermanfaat.
(¯`•.¸ღ Menyebabkan pertengkaran dan dendam.
(¯`•.¸ღ Banyak bicara akan menimbulkan permusuhan
antara kelompok dan golongan.
(¯`•.¸ღ Mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai
pakar suatu bidang.
(¯`•.¸ღ Ucapan yang mengandungi makian dan cacian.
(¯`•.¸ღ Ucapan yang mengutuk seseorang atau satu
golongan.
(¯`•.¸ღ Ungkapan syair atau nyanyian yang membangkitkan
nafsu kebinatangan seseorang.
(¯`•.¸ღ Senda gurau dengan memperolok-olok orang lain.
Rasulullah bersabda: ‘” Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya,
mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria.”
(¯`•.¸ღ Mengejek orang lain. Allah berfirman: ”Hai
orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum
yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang
mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita
yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan
janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan
gelaran-gelaran yang buruk,”” (QS 49: 11).
(¯`•.¸ღ Membuka rahsia orang lain.
(¯`•.¸ღ Berjanji palsu.
(¯`•.¸ღ Bersumpah palsu. Semua itu akan merosak
nilai-nilai amanah. Rasulullah bersabda: ”Waspadalah terhadap pembohong! Sebab
pembohong dan orang-orang yang zalim sama-sama dalam neraka.” (HR Ibnu Majah)
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: ”Apa penyebab terbesar orang
masuk neraka?” Nabi menjawab:”Kerana lidah dan kemaluannya.”
(HR Tarmidzi).
Mudah-mudahan kita semua dapat mengendalikan diri..InsyaAllah,Amin Ya Allah..
PJJ ONLINE CLASS MELTING MOIST CHOCOLATE CAKE
9 months ago
0 comments:
Post a Comment