CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 30 April 2011

Coretan Di Hari Kelahiranku..

"Usiaku Semakin Meningkat, Ajal Pun Semakin Dekat..."

Inilah antara ayat-ayat sms yang akan saya berikan kepada sesiapa teman yang menyambut hari kelahirannya. Hari ini, saya menyambut hari kelahiran yang ke-21 tahun. Dan saya tujukan kata-kata keramat ini, khusus buat diri saya. Yang selalu leka dan alpa dlm m'jalani liku-liku kehidupan ini. Mudah-mudahan Dia akan sentiasa memandang saya dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Terlalu banyak nikmat yang tidak mampu saya hitung sejak lahir hingga ke hari ini. Nikmat saya ialah kerana masih mempunyai mak dan ayah serta keluarga yang sentiasa sayang pada saya. Nikmat merasai pengalaman bagaimana bergelar pelajar & mengenali siapa kawan dan lawan dalam kehidupan yang kian mencabar diri dan mengenali pelbagai ragam manusia di sekeliling saya.

Hebat sungguh percaturan Dia. Sehingga kalau di hitung, hampir kepada tiada apa yang saya 'berikan' kepada Dia. Ketaatan, selalu sahaja leka. Kecintaan, kadangkala alpa. Yang ada, hanya kelalaian.

Terima kasih Tuhan, kerana Kau pertemukan aku dengan sekalian insan yang pernah dan selalu membahagiakan ku. Walau terkadang sesekali aku tewas, mengalir air mata kerana manusia, makhluk ciptaan Mu yang sekalian lemah, namun Kau sentiasa ada. Engkau sering dekat. Engkau sering hampir. 

Tuhan, aku seringkali ingkar perintahMu. Namun sehingga ke usia yang ke-21 ini, aku masih mampu bernafas dengan keizinan Mu. Aku masih menghuni di bumi Mu. Aku masih Kau beri peluang, nikmat, untuk merasai kebahagiaan di dunia Mu ini. Ampunkan segala dosa-dosa silam ku. Semoga ada sinar dan cahaya buat menerangi hamba Mu yang hina ini Wahai Allah...
Jangan lah Kau palingkan aku dari selalu mengingati Mu...
Semoga CINTA ku terhadap Mu akan menguatkan cinta nya terhadap ku...TERIMA KASIH YA ALLAH...


Sunday 24 April 2011

Layar Keinsafan


Kekadang kita minta daripada Allah setangkai bunga segar..


Ia beri kaktus berduri
Kita minta kupu-kupu
Diberi ulat berbulu
Kita sedih dan kecewa




Namun kemudian
Kaktus itu berbunga
Indah sekali!
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
Cantik sekali!




Itulah jalan Allah
Indah pada masanya




Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan




Kadang kita sedih
Kecewa, terluka
Tetapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita




Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang-orang yang beriman
Semoga kita di beri kekuatan untuk terus beriman kepadaNya
Kekalkan persaudaraan antara kita...



Ya Allah..terimalah cintaku ini


Senyumlah..^_^


Tersenyumlah walau hatimu luka…
Tersenyumlah walau hatimu menolaknya…
Tersenyumlah walau cuma hiasan di bibir belaka…
Tersenyumlah walau terasa berat melakukannya…

Senyum adalah keindahan…
Hilangkan dendam dan dengki yang kadang tak beralasan…
Teduhkan dan sirami hati dengan rasa kekeluargaan…
Tebarkan suasana damai dalam erat kekerabatan…

Senyum adalah ibadah…                                                           
Tak perlu malu, enggan dan tak perlu gundah…
Meskipun musuh yang mungkin berhadapan wajah…
Dengan senyum semua perasaan benci boleh berubah…
Tersenyumlah…

Saturday 23 April 2011

Terputusnya Amalan Selain Tiga Perkara

Ilmu agama yang bermanfaat, anak sholeh yang selalu mendoakan org tuanya dan sedekah jariyah adalah di antara amalan yang bermanfaat bagi mayat walaupun ia sudah di alam kubur. Semak sajian singkat berikut.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
Faedah dari hadits di atas:
Pertama: Jika manusia itu mati, amalannya terputus. Dari sini menunjukkan bahwa seorang muslim hendaklah memperbanyak amalan sholeh sebelum ia meninggal dunia.
Kedua: Allah menjadikan hamba sebab sehingga setelah meninggal dunia sekali pun ia masih bisa mendapat pahala, inilah karunia Allah.
Ketiga: Amalan yang masih terus mengalir pahalanya walaupun setelah meninggal dunia, di antaranya:
a. Sedekah jariyah, seperti membangun masjid, menggali sumur, mencetak buku yang bermanfaat serta berbagai macam wakaf yang dimanfaatkan dalam ibadah.
b. Ilmu yang bermanfaat, yaitu ilmu syar’i (ilmu agama) yang ia ajarkan pada orang lain dan mereka terus amalkan, atau ia menulis buku agama yang bermanfaat dan terus dimanfaatkan setelah ia meninggal dunia.
c. Anak yang sholeh karena anak sholeh itu hasil dari kerja keras orang tuanya. Oleh karena itu, Islam amat mendorong seseorang untuk memperhatikan pendidikan anak-anak mereka dalam hal agama, sehingga nantinya anak tersebut tumbuh menjadi anak sholeh. Lalu anak tersebut menjadi sebab, yaitu ortunya masih mendapatkan pahala meskipun ortunya sudah meninggal dunia.
Keempat: Di antara kebaikan lainnya yang bermanfaat untuk mayit muslim setelah ia meninggal dunia yang diberikan orang yang masih hidup adalah do’a kebaikan yang tulus kepada si mayit tersebut. Do’a tersebut mencakup do’a rahmat, ampunan, meraih surga, selamat dari siksa neraka dan berbagai do’a kebaikan lainnya.
Kelima: Sabda nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam atau anak sholeh yang mendo’akannya”, tidaklah dipahami bahwa do’a yang manfaat hanya dari anak saja. Bahkan do’a kebaikan orang lain untuk si mayit tersebut tetap bermanfaat insya Allah. Oleh karena itu, kaum muslimin disyari’atkan melakukan shalat jenazah terhadap mayit lalu mendo’akan mayit tersebut walaupun mayit itu bukan ayahnya.
Keenam: Dalam hadits terdapat isyarat adanya keutamaan menikah, juga terdapat dorongan untuk menikah dan memperbanyak keturunan supaya mendapatkan keturunan sholeh (sehingga bermanfaat nantinya ketika kita telah meninggal dunia, pen).
Sangat baik sekali jika pembaca membaca artikel terkait, yaitu amalan bermanfaat bagi mayat di sini.
Semoga sajian singkat ini bermanfaat. Wallahu waliyyut taufiq.


Don't Be Sad


Jangan bersedih..
Sekiranya anda hidup miskin,
Masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang..
Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan,
Sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung.
Jangan bersedih kerana suatu penyakit,
Betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.
Jangan bersedih kerana anda kehilangan anak,
Sebab masih ada orang lain yang kehilangan beberapa orang anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus..

Jangan bersedih..
Kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha' serta qadar yang baik dan yang buruk !!
Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha' dan qadar.

Jangan bersedih..
Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat..
Sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya..
Dan sekiranya anda telah melakukan kesilapan, perbaikilah kesilapan itu.
Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu amat luas, pintu rahmatNya sentiasa terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih..
Kerana anda sendiri yang menggerakkan saraf anda..
Mengubah keadaan anda..
Meletihkan hati anda..
Mengganggu tidur anda..
Dan membangunkan malam-malam anda..

Jangan Bersedih Wahai Saudara-Saudaraku...^_^

Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran (bukan lawak)



Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan 

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

Wallahualam..

Izinkan Aku Mencintaimu Ya Rasul


Ya Rasul…
Izinkan aku mencintaimu…
Seperti mencintai diriku yang murni…

Ya Rasul…
Izinkan aku menyambung jasa mu…
Seperti mengingat jasa orang tua ku…

Ya Rasul…
Izinkan aku bersilaturahmi dengan mu…
Seperti aku berjumpa dengan kekasihku…

Ya Rasul…Ya Rasul…
Hanya dengan mencintaimu aku hidup…
Hanya dengan mengasihimu aku bersih…
Dan hanya dengan menyayangimu aku rindu...

Rindu ini tak terbendung, ingin sekali berjumpa dengan mu…
Rindu ini tak’ kan sanggup, ingin sekali mendengar Al-Quran mu…
Rindu ini tak’kan rela jika kau jauh dari ku…


19 HADITH MENGENAI WANITA


1.  Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

8 Tanda Lalu Lintas Cinta


Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. Sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sahaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru

PEJALAN KAKI
Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.

JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya

Tuesday 12 April 2011

Saya Sayang Ummi!!!!

Ibu, mak, mummy, mama, mother, amma, umi, dan sebagainya.. membawa maksud yang sama.. menujukan kepada orang yang melahirkan anda.. menjaga anda.. memberi kasih sayang dan lain-lain..


Terlalu besar pengorbanan seorang Ibu pada anak2,suami & keluarganya..X terbalas jasa nyer..So Marilah kita sm2 m'hargai,m'yayangi pengorbanan IBU kita.Jangan sesekali sakiti hati nyer..

Sayangi,Hargai & Mohonlah Keampuanan Pada Ibu Selagi Ia Masih Ada.Berbaktilah pada nyer..Luv u MaMa..

Monday 11 April 2011

Rindu Detik Nie...

Assalamualaikum semua...
Lama rasa nyer saya dh x menulis kat blog nie..
Agak busy ckit akhir-akhir nie..
Apa nak tulis ye ari nie???huhuhuhu..
Ok lar..Ari nie nk cte ttg PERSAHABATAN.
Actually saya rindu kawan2 saya masa blajar dlu..
Miss u all so much..^_^

TAK DAPAT AKU LUPAKAN!!!

                              Tak dapat ku lupakan, 

                              Bumi suci zaman remaja, 
                              Bukit biru tempat bercanda, 
                              Hijaunya Selat Tebrau, 
                              Pokok cempedak di pagar limau.


                              Tak dapat ku bayangkan..

                              Tak dapat ku bayangkan, 
                              Tahun berlari berlumba-lumba, 
                              Matahari subuh mengejar senja, 
                              Kelopak bunga cempaka, 
                              Direstu setanggi setangkai doa.


                              Tak dapat ku catatkan..

                              Tak dapat ku catatkan, 
                              Kawan-kawan datang dan pergi, 
                              Bayangan malam bertambah ngeri, 
                              Janji hancur dihempas waktu, 
                              Pintu pun tutup satu persatu.


                              Tak dapat ku kisahkan..

                              Tak dapat ku kisahkan, 
                              Segala janji telah diisi, 
                              Segala kasih diikat rapi, 
                              Lorong panjang berlingkar-lingkar, 
                              Entah bila berjumpa lagi...