CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 22 March 2011

TSUNAMI!!Amaran Allah!!

Assalamualaikum semua pembaca blogku..Klau ada lar..huhuhu..
Baru2 nie kita semua telah d'gemparkan dgn 1 peristiwa yg menyentuh hati.Namun ia byk m'beri iktibar & pengajaran pada semua.Nie lar yg d'katakan DUNIA SEMAKIN HARI SEMAKIN HAMPIR DENGAN KIAMAT.Bukti nyer pelbagai musibah telah d'terima.

Mari kita renungkan kembali mengapa semua ini boleh terjadi.Apa maksud di balik makna perkataan TSUNAMI.

TSUNAMI???Apa maksud nyer???

T-Tuhan
S-Sudah
U-Uji
N-Namum
A-Ada
M-Manusia
I-Ingkar

Mungkin kita ada melakukan kesalahan & kesilapan yang mendatangkan kemarahan & kemurkaan ALLAH..Oleh itu,marilah kita semua memohon keampunan & bertaubatlah segera kepada ALLAH..Perbanyakkan DOA kepadaNya.Moga ibadah kita d'terima olehNya..Amin..

~Renungkan Bersama~

Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai boleh belajar, tetapi kurang kejujuran, payah dan sukar menambah dan mempelajari kecuali dengan kemahuan dan kemampuan yang luar biasa.

Monday 21 March 2011

Beringatlah!!!!

Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Pantu Berkasih Sayang

Ada Harta Tidak Terjaga,
Ada Peti Tidak Terkunci,
Bahana Cinta Anak Remaja,
Sekejap Cinta Sekejap Benci.

Ada Pijat Tuan Buangkan,
Ada Inti Pulut Direndam,
Ada Hajat Tidak Diucapkan,
Ada Hati Kenapa Dipendam???

Air Penawar Di Dalam Kendi,
Minum Bergilir Sebiji Cawan,
Gerak Laku Pancaran Budi,
Baik Pekerti Hati Tertawan.

Anak Bangsawan Menjahit Tabir,
Sulam Di Tepi Siku Keluang,
Benci Tuan Cuma Di Bibir,
Dalam Hati Membara Sayang.

Batang Pinang Titinya Licin,
Duduk Menjela Di Seberang Sana,
Putus Tunang Di Pulang Cincin,
Putus Cinta Jiwa Merana.

Batang Ubi Dikerat-Kerat,
Tanah Dirata Tanam Benihnya,
Tuan Di Timur Saya Di Barat,
Kerana Cinta Bertemu Jodohnya.

Cuba-Cuba Menyabung Ayam,
Sudah Suka Menjadi Judi,
Cuba-Cuba Menabur Sayang,
Sudah Suka Jumpa Tok Kadi.

Pantu Dakwah

Siapa Kukuh Memegang Iman,
Hidup Matinya Tidak Akan Sesat,
Siapa Senonoh Menyembah Tuhan,
Dunia Akhirat Badan Selamat.

Siapa Melangkah Di Jalan Tuhan,
Ke Mana Pergi Badan Selamat,
Siapa Amanah Dalam Kebenaran,
Tuah Terdiri Iman Melekat.

Siapa Suka Duduk Mengaji,
Banyaklah Ilmu Dapat Dikenang,
Siapa Suka Mengelokkan Budi,
Ke Hilir Ke Hulu Di Sayangi Orang.

Elok Budi Kerana Ikhlas,
Elok Kerja Kerana Niat,
Elok Kaji Kerana Dibahas,
Elok Manusia Kerana Syariat.

Elok Kaki Dapat Melangkah,
Elok Tangan Dapat Memegang,
Elok Hati Mengingat Allah,
Elok Iman Tiada Bergoyang.

Pandai-Pandai Menjaga Diri,
Lubang Banyak Di Tengah Jalan,
Orang Pandai Tahukan Diri,
Hidup Berakal Mati Beriman.

Jangan Suka Memfitnah Orang,
Orang Benci Tuhan Pun Murka,
Jangan Suka Melalaikan Sembahyang,
Bila Mati Masuk Neraka.

Kalau Suka Membuat Fitnah,
Kemana Pergi Orang Mengata,
Kalau Suka Berniat Salah,
Dunia Akhirat Badan Terpuruk.

Kalau Hendak Mencari Kawan,
Carilah Kawan Samapi Ke Kubur,
Kalau Hendak Mencari Tuhan,
Patrilah Iman Banyakkan Tafakur.

Kalau Durhaka Ke Orang Tua,
Celaka Tiba Kutuk Pun Datang,
Kalau Menyalah Pada Agama,
Di Dunia Hina Di Akhirat Malang.

Jangan Ditentang Ibu Dan Bapak,
Bila Ditentang Badan Melarat,
Jangan Dibuang Hukum Dan Syarak,
Bila Dibuang Datanglah Laknat.

Pada Saudara Hendaklah Sayang,
Pada Sahabat Hendaklah Minat,
Pada Agama Banyaklah Sembahyang,
Pada Ibadat Luruskan Niat.

Kalau Tidur Meninggi Hari,
Rezeki Menjauh Langkah Pun Singkat,
Kalau Takabur Menyelimut Hati,
Iman Jatuh Ibadah Pun Sesat.

Kalau Menyangkal Petuah Ibu,
Hidup Sesat Dunia Akhirat,
Kalau Beramal Tidak Berilmu,
Fikiran Tumpat Pahala Tak Dapat.

Sunday 20 March 2011

~Bacalah Perasaanmu~

Nilai Sebuah Senyuman!!

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan sedekah dengan memberi senyuman yang ikhlas..
Semoga senyuman itu dapat menyenangkan hati yang duka..

Sebelum Kamu Mengeluh...

Hayati Lagu Ini..^_^

Lirik Yang Mendalam Maksud Nyer...Bersama Hayati...

Motivasikan Diri..

Jaga Tingkah Lakumu..
Kerana Ia Mencerminkan Dirimu..
Berfikir Terlebih Dahulu Sebelum Bertindak..

Afwan..


Maafkan Ana
Ana Tak Bermaksud Nak Lukakan Enti
Ana Tak Sedar Ana Pentingkan Diri
Ana Lupa Ana Ade Lemahnya

Maafkan Ana
Ana Byk Sudah Susahkn Enti
Ana Byk Amik Masa Enti
Ana Tak Abes2 Membebankn Enti

Maafkan Ana
Ana Tak Layak Jadi Kwn Enti
Ana Tak Layak Utk Susahkan Enti
Ana Tak Layak Utk Digelar Shbt Enti Lg, Setelah Ana Sakitkan Enti
Berkali2

Mungkin, Kita Bertemu Utk Belajar
Kita Berteman Utk Menemani
Kita Bershbt Utk Saling Melengkapi
Kita Bertengkar Utk Menilai Diri
Dan Jika Kita Ditakdirkan Berpisah
Ana Doakan, Ianya Hanyalah Utk ILAHI

Afwan Ya Sahaby
Ana Byk Kelemahan Diri
Ana Byk Rosakkn Hari2 Bahagia Enti
Ana Tak Pernah Bg Ruang Utk Mengenali Diri Enti
Ana Pentingkn Diri
Ana Busuk Hati

Enti,
Jika Semalam Enti Terluka
Maafkan Ana Hari Ini
Jika Semalam Enti Berduka
Maafkan Ana Hari Ini
&
Jika Semalam Enti Rasa Penat Mencari
Izinkan Ana Utk Undur Diri..

Renungan!!!

Tak Ada Sayang,Tak Ada Cinta..
Tak Ada Cinta,Adanya Benci..
Bila Dah Benci...Lahirlah Dusta...
Bila Dah Dusta,Keluarlah Hasad Dengki...


Ada Taman Dalam Hati...
Dalam Hati Ada Iman...
Zikir Itu Penyejuk Diri...
Ketenangan Zaman-Berzaman..

Friday 18 March 2011

~ErTi KaWaN~




Kawan...
Nak Sebut Memang Mudah
Tapi Hakikatnya
Nak Cari Kawan Sejati Punya La Payah..
Kawan..
Bila Tak Ada Kita Cari
Tapi Bila Dia Di Depan Mata Kita Tak Hargai.
Bila Kawan Berjanji Kita Nak Dia Tepati..
Terlewat Seminit Muncung Kita Panjang Sedepa
Alasan Kawan Langsung Tak Nak Dengar

Tapi
Kalo Kita Yang Tak Tepati
Manisnya Bibir Menuturkan Maaf..

Bila Kita Ada Masalah Kawan Setia Di Sisi..
Bukan Setakat Nasihat Malah Wang Ringgit Pun Sanggup Bagi
Waktu Tu Kita Rasa Dia La Sahabat Sehidup Semati..

Tapi
Bila Kawan Dihimpit Masalah
Kita Biarkan Dia Menangis Sendiri
Jangankan Mendekati, Bertanya Khabar Jauh Sekali
Bila Kita Perlukan Pertolongan Kawan Disisi Sedia Membantu
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing
Tak Pernah Sekali Pun Dia Merungut

Tapi
Bila Kawan Meminta Sedikit Kudrat Kita
Tak Habis-Habis Cerita Kita Jual
Kononnya Kawan Menyusahkan Kita

Kawan Simpan Semua Rahsia Kita
Kalo Kita Buat Salah, Kawan Rela Terima Hukuman
Tapi Bila Kawan Tersilap Langkah
Laju Mulut Kita Menabur Cerita
Kononnya Kawan Punya Angkara
Tak Layak Berkawan Dengan Kita
Walaupun Hakikatnya Kita Turut Sama Melakukan

Waktu Kita Susah Kita Cari Kawan
Kita Mengeluh Bila Kita Tak Ada Kawan
Kita Menangis Bila Kita Ditakdirkan Bersendirian

Tapi...
Kita Tak Pernah Nak Hargai Nilai Sebuah Persahabatan
Kita Tak Tahu Nak Balas Budi Kawan Biarpun Bukan Itu Yang Diharapkan

Kawan
Kawan Selalu Memberi
Kawan Tak Minta Dibalas

Tapi
Sebagai Kawan Kita Kena La Beringat
Bukan Wang Ringgit Yang Kawan Dambakan
Bukan Kudrat Tenaga Yang Kawan Tagihkan

Tapi
Secebis Kejujuran Dan Secarik Kasih Sayang Yang Dipertaruhkan



*** Jika HATI Sejernih AIR, Jangan Biar Ia KERUH. Jika HATI Seputih AWAN, Jangan Biar Ia MENDUNG. Jika HATI Seindah BULAN, Hiasi Ia Dengan IMAN



Kawan Bagaikan Permata Sukar Di Cari...
Jangan Biarkan Fizikal Di Baluti Kemunafikan,Jangan Biarkan Akal Di Warisi Kebaratan,Jangan Biarkan Hati Menjadi Kontang,Jangan Biarkan Diri Menjadi Kealpaan,Jangan Biarkan Agama Tergadai Lantaran Ujian Keimanan....Lindungi Kami Hamba MU Ya Allah....

Thursday 17 March 2011

Himpunan Beberapa Doa Ringkas..

1. Doa Ketika Bangun Tidur
Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali."

2. Doa ketika Hendak Tidur
Ertinya: Dengan Nama Engkau Ya ALLAH aku hidup dan aku mati

3. Doa Ketika Memakai Dan Menanggalkan Pakaian
Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya."

4. Doa Keluar Atau Memasuki Rumah
(Ketika keluar dari Rumah) - (Ketika masuk rumah)
 Ertinya:"Ya Allah aku bermohon kepadamu sebaik-baik tempat ,masuk dan sebaik-baik tempat keluar; dengan nama Allah kami masuk dengan nama Allah juga kami keluar dan kepada Allah,Tuhan kami, kami bertawakal (berserah diri)"

5. Doa Ketika Masuk Dan Keluar Tandas
(Ketika Masuk Tandas)
 Ertinya:"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari gangguan syaitan jantan dan betina"

(Ketika Keluar Tandas)
Ertinya:"Aku mohon ampun pada Engkau wahai Tuhanku, segenap puji bagi Allah yang mengelakkan bahaya itu daripadaku serta menyihatkan badanku."

6. Doa Ketika Makan
(Ketika Makanan Terhidang- sebelum makan)
Ertinya:"Ya Allah, berkatilah kepada kami pada apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab(siksa) neraka. Dengan Nama Allah."

(Ketika Selesai Makan)
Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslimin."

7. Doa Selesai Sembahyang Atau Selesai Majlis
(Zikir-zikir selepas sembahyang)
Tasbih (33 X)
Tahmid(33X)
Takbir (33X)

Dan disempurnakan dengan
 Ertinya:"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa ,yang tidak ada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya segala kekuasaan dan kepunyaan-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu."

 Ertinya:"Ya Allah bantulah aku berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan sebaik-baik ibadat kepadaMu."

(Ketika meninggalkan majlis)
 Ertinya:"Maha Suci Engkau Ya Allah dengan segala pujiMu,aku bersaksi tidak ada tuhan kecuali Engkau aku bermohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu."


Maafkan Kita Ibu Ayah....:-'(






Dikala Hati Dilanda Kegundahan..Kegelisahan....
Hingga Titisan Air Mata Tidak Sedar Telah Pun Mengalir Dengan Sendirinya...
Tidak Mampu Aku Menyapunya…
Inilah Yang Dikatakan…
Perasaan Yang Tidak Mungkin Mereka Rasakan,
Perhatian Yang Tidak Bisa Mereka Goyahkan,
Perhiasan Yang Pernah Mereka Dapatkan,
Kebahagiaan Yang Tidak Akan Mereka Berikan
Karena …
Riang Tawanya Menjadi Senyum Di Hatiku....
Sinar Matanya Menjadi Cahaya Dalam Gelapnya Jiwaku...
Kehadirannya Menjadi Kekuatan Dalam Ragaku....
Tangis Sedihnya Menjadi Pedang Yang Siap Membunuhku.....

**Hubungan Kekeluargaan Tidak Boleh Dipisahkan..Biar Apa Pun Halangannya...Hargai Detik Bersama Keluarga...Kerana Ia Tinggi Nilainya...

Luv My Family....


Adakah Hatiku Terjaga????


Ya Allah Ya Tuhanku!!!!
Aku Hamba Yang Hina..
Sebegini Ujian Yang Kuterima..
Aku Terima Dengan Hati Yang Terbuka..
Walau Hatiku Terluka..
Aku Tetap Mengukirkan Senyuman Untuk Semua..
Walau Aku Sendiri Tertanya2..
Apa Dosaku????Apa Salahku????
Ku Terasa Seperti Tidak Diendahkan...
Namun.....
Aku Bersyukur Kerana Masih Punya Mu Ya Allah..
Tuhan Yang Mencipta SegalaNya..

Hati..
Kenapa Kau Terlalu Mudah Dilukai..
Kenapa Terlalu Rapuh Kekuatanmu Yg Diberikn Oleh Ilahi..
Apa Kau Tidak Punya Iman Di Hati..
Atau Mungkinkah Kerana Diri..
Yang Sememangnya Perempuan Punya Emosi Yang Tinggi.

Ya Tuhan Maha Kekal Di Dunia Ini..
Kau Yang Membolak Balikkan Hati Ini..
Kau Yang Punya Kuasa Menghilangkan Semua Derita Ini..
Aku Memohon Untuk Kebaikan Diri Sendiri..
Jauhkanlah Aku Dari Rasa Kecewa Ini..
Jauhkanlah Aku Dari Seksa Ini..
Aku Tau Kau Tidak Akan Menguji Diri Ini.
Jika Kau Rasa Aku Tidak Tertanggung Dengan Ujian Ini..
Namun Ku Mohon Untuk Kali Ini..
Padamu Yang Maha Mengasihi...
Kautkanlah HatiKu Ini...
Jauhknlah Emosiku Ini Dari Syaitan Yang Mahu Menakluki Hati Ini..

A Little Motivation For Me & you (^_^)

10 Cara Membina Motivasi Diri







Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah." Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.


4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.


Wednesday 16 March 2011

Insan Pewaris Bangsa

Tangisan Pertama...Insan Dilahirkan...
Masa Beredar..Menjadi Dewasa..
Ilmu Di Cari..Mengisi Dada..
Amalan Di Kerja..Lambang Ketaatan....


Pelajar Mulia..Berjiwa Luhur...
Nafsu Dilentur...Hikmah Ditabur...
Strategi Diatur...Halangan Digempur...
Membina Negara..Maju Dan Makmur...



Bukannya Mudah...Membina Diri..
Percayakan Allah...Benteng Keimanan...
Kesetiaan...
Teruja Kepada Negara..
Kedaulatan...Undang-undang...
Menjadi Pegangan...
Tatasusila..Mengukuh Kesopanan..
Barulah Kukuh..Keperibadian Diri....


Barulah Teguh...Nilai Jati Diri...
Barulah Maju...Negara Diwarisi...


Pelajar Mulia..Negara Maju..
Menjadi Idaman..Setiap Bangsa..
Kemajuan Dicipta...Mengukir Sejarah...
Bangsa Yang Lemah..Menjadi Gagah..


Pelajar Mulia...Taatkan Agama...
Tunaikan Kewajipan...Setiap Masa..
Sayangkan Ibu Bapa..
Serta Keluarga...
Menjadi Tunas..
Harapan Negara...


Allah....Allah...Allahu Ya Allah...
Allah....Allah...Allahu Ya Allah...