CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 15 October 2012

=) Pasrah Segalanya =)


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci...

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤


 SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

 SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

 REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

 KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

 MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

 "YA ALLAH, BINALAH UNTUKKU SEBUAH RUMAH DI SYURGA DEKAT DENGAN-MU".
 (DOA ASIAH....ISTERI FIRAUN). 

Hanya Padamu Tempat Ku Mengadu




Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Solat di Akhir Waktu


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kitadirect terus padaNya Tapi Jika bersembahyangAda posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktuTolnya “free” Sekatan tol tiada Tiada “jem” Malaikat terus sampaikan amalan pada TuhanUntuk dinilaikan

Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu Tol free jugaTapi sekatannya MasyaAllah….

Di langit pertama,Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..Jatuh berderai…

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga,Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalanMerayu lagi kawan kita Tak dipedulinyaLalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kitaJatuh berderai amalan kita Tak ade nilai….Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka…Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

Ish….Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampaiDahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nantiYa Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…Sesungguhnya Engkau Maha PengampunLagi Maha Penyayang...

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Ameenn.

Tuesday 9 October 2012

Puisi Untuk Para Pejuang



     Di sini 
     menusia menguruskan diri sendiri
 
     mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
 
     dan dengan langkah berani mengharung
 
     lautan gelombang di sini
 
     yang sesekali ganas namun tidak kejam
 
 
 
     Hidup di sini memang payah
 
     terpaksa menempuh duri susah
 
     melawan rasa kantuk
 
     berlarian antara dewan kuliah
 
     dan khutub khanah
 
     sesekali langkah rasa ingin berhenti
 
     namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
 
     selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi
 
 
 
     Kekadang sulit sebenarnya
 
     melawan rasa rindu
 
     menentang rasa sendu
 
     bila sesekali
 
     desa kelahiran memanggil-manggil
 
     untuk pulang
 
     atau suara emak lembut gemersik
 
     menyata rindu yang berputik
 
 
 
     Aduhai para pejuang
 
     langkah masih terlalu amat pangjang
 
     kutiplah semangat di sepanjang titian
 
     agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
 
     bayaran untuk susah dan duri
 
     sepanjang di sini.

PENGHULU ISTIGHFAR




Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikmu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (HR Bukhari)

Fadilatnya Penghulu Istighfar:

Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)


(Sayyidul istigfar) Penghulu Istigfar