CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 15 October 2012

=) Pasrah Segalanya =)


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci...

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤


 SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

 SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

 REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

 KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

 MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

 "YA ALLAH, BINALAH UNTUKKU SEBUAH RUMAH DI SYURGA DEKAT DENGAN-MU".
 (DOA ASIAH....ISTERI FIRAUN). 

Hanya Padamu Tempat Ku Mengadu




Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Solat di Akhir Waktu


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kitadirect terus padaNya Tapi Jika bersembahyangAda posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktuTolnya “free” Sekatan tol tiada Tiada “jem” Malaikat terus sampaikan amalan pada TuhanUntuk dinilaikan

Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu Tol free jugaTapi sekatannya MasyaAllah….

Di langit pertama,Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..Jatuh berderai…

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga,Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalanMerayu lagi kawan kita Tak dipedulinyaLalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kitaJatuh berderai amalan kita Tak ade nilai….Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka…Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

Ish….Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampaiDahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nantiYa Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…Sesungguhnya Engkau Maha PengampunLagi Maha Penyayang...

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Ameenn.

Tuesday 9 October 2012

Puisi Untuk Para Pejuang



     Di sini 
     menusia menguruskan diri sendiri
 
     mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
 
     dan dengan langkah berani mengharung
 
     lautan gelombang di sini
 
     yang sesekali ganas namun tidak kejam
 
 
 
     Hidup di sini memang payah
 
     terpaksa menempuh duri susah
 
     melawan rasa kantuk
 
     berlarian antara dewan kuliah
 
     dan khutub khanah
 
     sesekali langkah rasa ingin berhenti
 
     namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
 
     selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi
 
 
 
     Kekadang sulit sebenarnya
 
     melawan rasa rindu
 
     menentang rasa sendu
 
     bila sesekali
 
     desa kelahiran memanggil-manggil
 
     untuk pulang
 
     atau suara emak lembut gemersik
 
     menyata rindu yang berputik
 
 
 
     Aduhai para pejuang
 
     langkah masih terlalu amat pangjang
 
     kutiplah semangat di sepanjang titian
 
     agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
 
     bayaran untuk susah dan duri
 
     sepanjang di sini.

PENGHULU ISTIGHFAR




Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikmu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (HR Bukhari)

Fadilatnya Penghulu Istighfar:

Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)


(Sayyidul istigfar) Penghulu Istigfar

Sunday 23 September 2012

DI AKHIR SISA HAYAT INI ...


Bismillah wa Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. sampai saat ini, masih mampu bernafas. Selama 2 tahun hidup, Allah berikan nikmat-Nya setiap saat, nikmat di kala susah dan senang.

Alhamdulillah, tamat fatrah imtihan, walau terpaksa menghadapi peperangan”pen dan kertas” dengan jasad yang semakin lemah. Semakin hari, semakin lemah. Demam dan batuk2 yang hampir tiga minggu usianya, ditambah dengan bibir yang semakin merekah, seperti berada dalam musim sejuk di Mesir, terkadang membuatkan diri hilang fokus dan semangat untuk terus menelaah dan muraja’ah. 

Alhamdulillah juga.. mampu melepasi fatrah dunia, namun fatrah akhirat? Allah selama hidup, apa yang sudah aku lakukan? Antara timbangan pahala dan dosa.. mana yang lebih berat? Imtihan dunia itu alat.. tapi Syurga-Mu itu satu matlamat!

Hidup di dunia.. umpama satu “dewan peperiksaan”. Seluruh agenda hidup ini hakikatnya “jawapan” yang kita berikan kepada soalan-soalan di alam kubur dan di Mahsyar nanti. Keputusannya juga akan kita ketahui di sana. Ya, kubur kita boleh jadi mukaddimah Raudhatul Jannah , atau pun pintu gerbang untuk jurang-jurang Neraka. Wal ‘iyadzubillah. Rancanglah kehidupan dengan kesedaran bahawa kita adalah “pemakai” keranda. Maka, rancanglah mati untuk hidup!

“Manusia semuanya tidur, bila mati baru mereka akan terjaga”  itulah pesan Saidina ‘Ali pada kita.

Sungguh, kata-kata itu sangat menusuk ke lubuk hati, merobek baki-baki kegembiraan yang masih tersisa. Masih tidurkah aku ya Allah..? bahkan Imam Ghazali juga pernah berkata : “ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan..”.

"... Kematian itu, tidak lebih seperti kamu tidur & akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas sgla amalan yg kamu lakukan, sama ada ke Syurga selama-lamanya ataupun sebaliknya.." -  Pesan dari insan yang sering dirindui, Rasulallah S.A.W. sewaktu mengumpulkan anggota keluarganya dari Bani Hasyim dan Abdul Mutallib bin Abdul Manaf, setelah turunnya wahyu Allah dari surah Asy-Syu’ara, ayat 214.

Oh Allah.. sudah hampir sepuluh hari berlalu, dari bertambahnya usia. Semakin bertambahnya usia, semakin mendekatnya dengan mati  hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit milik yang Maha Kuasa, tapi masih tetap belum merasa hamba yang sebenar! Berdosanya aku ya Allah. Apa sisa umur masih panjang? Atau hanya seketika lagi? Jujur.. aku tiada jawapannya ya Ilahi..

Saat ramainya teman-teman yang mengirim ucapan selamat “panjang umur”, hakikatnya umur semakin “pendek”. Hari ini, esok, atau pun lusa.. semakin dekat dengan tarikh kematian yang sudah termeterai dalam surat perjanjian. Aduhai, tertipunya pada ucapan selamat hari lahir.. lalu, selamatkah hari mati ku?

Pada saat ini.. aku mengemis keampunan-Mu, dengan hati yang penuh tercela. Sekiranya tidak mengenangkan bahawa Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan meminta. Malu.. rasa terhina untuk meminta. Apa, aku diterima..? leraikanlah kekusutuan di fikiran, jinakkanlah nafsu liar ku, tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Pengasih, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmat-Mu, walau sering aku lupa, tetapi tetap mendambakan Syurga nan Indah!

Sungguh, gelombang mujahadah tidak pernah kekal dan tegar. Jangankan ketenangan, amarah juga sering bertandang. Sehinggakan aku mula meragui diri sendiri ; akukah ini..? seperti kelahiran berulang dua tiga kali. Astaghfirullahal’adzim.. jauhkan aku dari topeng munafik yang semakin menipu dayakan hidup ini.

Mata.. sudah tidak mampu menangis kerana dosa. Hati juga semakin mengeras. Kalaupun aku menangis ya Allah tapi kenapa tidak membekas di hati? bila hati ini semakin keras, maka Kau lembutkanlah ya Rahman ya Rahim. Atau berikanlah aku “hati” yang baru, kerna seketul daging yang hidup dalam jasad yang semakin lemah ini, seperti sudah “mati”.

Kembara.. semakin saat, detik, minit dan jam yang berlalu.. sudah semakin jauh. Kolam hati semakin hari juga semakin keruh. Beban bertambah berat, diri semakin penat. Segala urusan semakin susah, jiwa semakin gundah dan gelisah. Semoga saja bertambahnya usia sejak sepuluh hari yang lalu, aku akan “lahir” sebagai seorang yang baru. Lahir sebagai manusia yang berjiwa hamba, sentiasa mengingati-Mu. Yang mampu mendidik hati untuk memandu hidup, antara kekangan takut dan lingkungan sebuah harapan. Kalaulah dimurkai, aku mengharapkan ianya akan diampuni.

Memetik kata-kata Ibnu Mas’ud : "Perkara yang paling sedih adalah apabila umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah” oh Allah, Istighfarku memerlukan satu istighfar lagi. Aku hanya untuk-Mu, kepada Engkau jualah aku akan kembali.

Sungguh.. kita hidup di dunia juga seperti layang-layang yang terbang tinggi di langit takdir. Kita berusaha untuk terbang tinggi, rendah, jauh, dekat.. semuanya dibawah lembayung Rahmat iradah yang Maha Esa. Kita pasti akan dapat terbang, selagi angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, dan selagi rangkanya juga masih kukuh. Bila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Sebab apa..? kerna kita tidak berhak untuk terus “terbang”.. apabila maut sudah datang menjemput untuk pulang.

Kepada Sahabat, teman dan kenalan, terima kasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maaf kerna gagal mendekat. Pada yang dekat, maaf kerna tidak pandai membelai. Barakallahu fikum. Moga Syurga adalah sebaik-baik pengakhiran bagi kita.

Wahai hati.. percayalah, orang yang berhak hidup dalam ketenangan, adalah mereka yang sentiasa bersedia menghadapi kematian!


Allah
Aku sedar, bila-bila masa
Engkau akan ambil kembali kurnia & anugerah
Dan aku sentiasa berusaha
Untuk mensia-siakan segalanya
Kerna aku yakin, suatu saat nanti
Semuanya tidak akan ada lagi..
Terkadang Aku lupa..
Mungkin ini adalah helaan nafas yang terakhir
Ampuni aku ya Rahim
Kurangnya rasa syukurku
Maafkan.. bila aku ragukan kasih-Mu
Hari berganti hari.. Aku tahu..
Waktu aku semakin singkat..
Biarlah dunia itu terus ku genggam
Tanpa perlu aku mencintainya..
Di akhir usia ini..
Aku ingin semakin mendekat
Dekat dengan-Mu
Dampingilah langkahku
Di akhir hayat ku nanti
Redhalah pada ku ya Ghaffar
Kerna aku ingin segera pergi..
Tuntunilah aku.. Untuk tiba di Jannah-Mu..


Untuk kamu yang di rindui ; “semakin dekat kamu dengan Allah, akan semakin erat hati kita, dan semakin bertambah cintaku pada mu.. walau diri mu belum ku kenal




Thursday 19 July 2012

Adakah Kita Sudah Bersedia???




saat ikatan kepala di bukakan..
saat ikatan kaki di longgarkan..
saat wajah di ciumkan ke tanah..
saat sekujur tubuh di arahkan ke kiblat..
saat dinding papan di tutupkan..
saat tanah di kambuskan..
saat mulai kegelapan..
saat mulai di tinggalkan..
saat mulai talkin dibacakan..
saat mulai teman-teman,sanak saudara pulang..
meninggalkan kita yang mulai sendirian..
saat menanti mungkar nangkir tiba..
saat itu..bagaimanakah kita??
apakah kita telah bersedia??
apakah kita telah punya jawapan pada setiap soal bicara 
yang terus akan ditanya disaat kita telah kembali kepadaNya??

~ muhasabahlah diri mulai saat ini...sebelum bermulanya 'saat' itu...~

P/s: Tiada apa lagi yang lebih berharga 
melainkan iman dan taqwa..T__T

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ بِســـمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــم ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ



CINTA ALLAH TERHADAP HAMBANYA

~Ketika kita mengeluh : “eee, aku penat sangat ... ”.
اَللّÙ‡ُ menjawab : “ ... dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat " (QS 78 : 9).

~Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّÙ‡ menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّÙ‡ُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “ ape aku buat ni semua sia-sia ... ”.
اَللّÙ‡ُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku ... ”.
اَللّÙ‡ُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّÙ‡ُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (QS 9 : 40).

* SubhanAllah,betapa baiknya Allah terhadap kita..Saat kita menjauh dariNya,Dia tak pernah lari meninggalkan kita..Ya Allah..~

Wednesday 18 July 2012

Ya Allah....


~ ..Ya Allah, 
tika Engkau hadiahkan diriku SAHABAT... 
jadikanlah hatiku ini BERSYUKUR atas kurniaanMu.. 
jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku..
 
ya Allah, 
tika Engkau hadiahkan diriku SAHABAT.... 
jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku 
peniup SEMANGAT juangku.. 
yg saling membantu memikul AMANAH DAKWAH agamaMu.. 

ya Allah, 
tika Engkau hadiahkan diriku SAHABAT... 
jadikanlah hubungan ini disemai atas KEREDHAANMU... 
teguhnya atas cinta padaMu.. 
dilindungi dari segala MAKSIAT & hal2 yg melalaikan dari mengingatiMu..
 
ya Allah..
 BAHAGIAKANLAH hatiku & hati seluruh SAHABATku dengan cinta 
kepadaMu..
~

TINGGALKAN rasa duka semampumu,
kerana MEMIKUL beban duka itu boleh membuatmu menjadi PUTUS ASA DAN LEMAH..
kelmarin Allah telah menolongmu,


PERCAYALAH..

esok pun Dia masih TETAP AKAN MENOLONGMU..
menjadi baik atau jahat di dalam hidup ini adalah PILIHAN DAN TANGGUNGJAWAB penuh indvidu..
maka, jangan bergantung pada siapapun SELAIN ALLAH..


Hasbunallah wa ni'mal wakiil..
"CUKUPLAH Allah menjadi PENOLONG kami dan Allah adalah SEBAIK-BAIK PELINDUNG."
(QS.3:173)

Saturday 30 June 2012

Puisi Untuk Para Pejuang


     Di sini 
     menusia menguruskan diri sendiri
 
     mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
 
     dan dengan langkah berani mengharung
 
     lautan gelombang di sini
 
     yang sesekali ganas namun tidak kejam
 
 
 
     Hidup di sini memang payah
 
     terpaksa menempuh duri susah
 
     melawan rasa kantuk
 
     berlarian antara dewan kuliah
 
     dan khutub khanah
 
     sesekali langkah rasa ingin berhenti
 
     namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
 
     selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi
 
 
 
     Kekadang sulit sebenarnya
 
     melawan rasa rindu
 
     menentang rasa sendu
 
     bila sesekali
 
     desa kelahiran memanggil-manggil
 
     untuk pulang
 
     atau suara emak lembut gemersik
 
     menyata rindu yang berputik
 
 
 
     Aduhai para pejuang
 
     langkah masih terlalu amat pangjang
 
     kutiplah semangat di sepanjang titian
 
     agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
 
     bayaran untuk susah dan duri
 
     sepanjang di sini.

Monday 18 June 2012

Kamu Cantik Sekali, Tapi...



Saudari, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
 

Perempuan yang perasan cantik


Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu..

PAKAIAN MALU


Tanda-tanda orang yang memakai pakaian malu adalah seperti berikut;

1- Hatinya bersih dari sifat iri hati, dengki dan dendam

2- Lidahnya jujur, terpelihara daripada mencela, mengumpat dan seumpamanya

3- Matanya jauh dari memandang perkara yang dilarang oleh syariat

4- Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram

5- Tangannya terpelihara dari menjamah apa-apa yang bukan haknya

6- Kakinya tidak memijak tempat larangan

7- Amalanya jauh dari mencari sanjungan dan pujian masyarakat

Segala sesuatu yang dilakukan kerana patuh dan baktinya kepada ALLAH semata-mata, cuba kita renung diri kita. Adakah tanda malu dalam diri kita? Dan adakah pakaian malu itu menjadi pakaian kita?

Saturday 16 June 2012

:::Peringatan Untuk Semua:::


Anak Palestin gugur syahid,
Anak Melayu gugur janin......

Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga,
Anak Melayu hilang dara sebelum berkeluarga......

Anak Palestin maut di tembak zionis semasa jihad,
Anak Melayu maut di tembok besi semasa rempit.....

Anak Palestin menangis kerana diragut agama, harta, keluarga, tempat tinggal.
Anak Melayu menangis kerana teman lelaki atau teman wanita diragut orang lain.....


Renung-renungkanlah.. Dan Fikir-fikirkanlah Tentang Masyarakat Kita Sekarang..

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh


1. Tidur lebih awal.

2. Bersunguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memberbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qimaymul lail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut pentunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari ( Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT