CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 30 June 2012

Puisi Untuk Para Pejuang


     Di sini 
     menusia menguruskan diri sendiri
 
     mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
 
     dan dengan langkah berani mengharung
 
     lautan gelombang di sini
 
     yang sesekali ganas namun tidak kejam
 
 
 
     Hidup di sini memang payah
 
     terpaksa menempuh duri susah
 
     melawan rasa kantuk
 
     berlarian antara dewan kuliah
 
     dan khutub khanah
 
     sesekali langkah rasa ingin berhenti
 
     namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
 
     selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi
 
 
 
     Kekadang sulit sebenarnya
 
     melawan rasa rindu
 
     menentang rasa sendu
 
     bila sesekali
 
     desa kelahiran memanggil-manggil
 
     untuk pulang
 
     atau suara emak lembut gemersik
 
     menyata rindu yang berputik
 
 
 
     Aduhai para pejuang
 
     langkah masih terlalu amat pangjang
 
     kutiplah semangat di sepanjang titian
 
     agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
 
     bayaran untuk susah dan duri
 
     sepanjang di sini.

Monday 18 June 2012

Kamu Cantik Sekali, Tapi...



Saudari, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
 

Perempuan yang perasan cantik


Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu..

PAKAIAN MALU


Tanda-tanda orang yang memakai pakaian malu adalah seperti berikut;

1- Hatinya bersih dari sifat iri hati, dengki dan dendam

2- Lidahnya jujur, terpelihara daripada mencela, mengumpat dan seumpamanya

3- Matanya jauh dari memandang perkara yang dilarang oleh syariat

4- Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram

5- Tangannya terpelihara dari menjamah apa-apa yang bukan haknya

6- Kakinya tidak memijak tempat larangan

7- Amalanya jauh dari mencari sanjungan dan pujian masyarakat

Segala sesuatu yang dilakukan kerana patuh dan baktinya kepada ALLAH semata-mata, cuba kita renung diri kita. Adakah tanda malu dalam diri kita? Dan adakah pakaian malu itu menjadi pakaian kita?

Saturday 16 June 2012

:::Peringatan Untuk Semua:::


Anak Palestin gugur syahid,
Anak Melayu gugur janin......

Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga,
Anak Melayu hilang dara sebelum berkeluarga......

Anak Palestin maut di tembak zionis semasa jihad,
Anak Melayu maut di tembok besi semasa rempit.....

Anak Palestin menangis kerana diragut agama, harta, keluarga, tempat tinggal.
Anak Melayu menangis kerana teman lelaki atau teman wanita diragut orang lain.....


Renung-renungkanlah.. Dan Fikir-fikirkanlah Tentang Masyarakat Kita Sekarang..

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh


1. Tidur lebih awal.

2. Bersunguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memberbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qimaymul lail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut pentunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari ( Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT