CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 19 May 2012

´*.¸.•´♥ PULIHKAN SEMANGATKU


YA ALLAH...
aku lemah tanpaMU..
disaat aku tidak terdaya lg menanggung ujian dariMU...
dan
disaat air mata ini mengalir tanpa henti,,
ENGKAU sentiasa ada bersamaKU...
kadangkala ujian itu terlalu berat
dan datang tanpa diduga,
walaupun ku tahu,
ENGKAU tidak akn menimpakan ujian yg tidak mampu hambaMU hadapi..

YA ALLAH.....
berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMU...
betapa diri ini belum kuat untuk menerima ujianMU...
titisan air mata ini tidak mampu untuk merungkai segalanya...
walau luaran nampak bersahaja,
hanya ENGKAU yg tahu isi hatiku

YA ALLAH....
kini aku bersyukur padaMU...
segala yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya...
biar pahit mana ujian yg ku tanggung...
aku tahu itu yg terbaik untukku...

kini ku sedar YA ALLAH,
semakin aku mendekatiMU...
semakin ENGKAU membantuku...
semakin aku mengadu padaMU...
semakin ENGKAU permudahkan jalanku..
ENGKAUlah pendengar terbaik...
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...

YA ALLAH...
tiada yang mustahil bagiMU....
sesungguhnya ENGKAU jualah
yang membolak-balikkan hati hamba-hambaMU...

YA RABB....
aku menadah tangan syukur kepadaMU,
kerana dugaan itu mengajar aku erti hidup yg sebenar,
hidup yg penuh dgn liku-liku kehidupan,
sesungguhnya ENGKAU lebih Mengetahui
apa yg terbaik untuk hambaMU,
di dunia dan akhirat..

Amin ya Rabbal Alamin..

THANK YOU ALLAH..




~Jadilah Perempuan Biasa-Biasa Sahaja~





Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu

BISMILLAH 9

Assalamualaikum semua...
Sudah lama rasanya saya tidak menulis di laman blog ini... Dek kerana terlalu busy dengan study tidak sempat untuk melakar bicara.. Kini diberi sedikit ruang waktu untuk saya mulakan madah bicara sebagai perkongsian untuk semua..



Hari ini saya nak kongsi dengan semua tentang Bismillah 9.Ramai yang tidak mengetahui tentang Bismillah 9. Kini anda semua boleh mula untuk mengamalkan Bismillah 9 kerana ia mempunyai banyak Fadhilatnya yang tersendiri. Sama2lah kita beramal..=)






Berikut adalah beberapa fadilat mengamalkan BISMILLAH 9:

1. Amalkan ayat-ayat BISMILLAH 9 selepas setiap kali solat. Insya-Allah, dengan mengamalkannya, Allah SWT akan menjadikannya sebagai pagar dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan.

2. Sekiranya berhadapan dengan musuh yang menyerang, insya-Allah, musuh tidak mampu membinasakan, sebaliknya kita akan beroleh kemenangan.

3. Dengan selalu mengamalkan ayat-ayat ini, insya-Allah, segala hajat yang baik akan ditunaikan Allah SWT. 


Selamat beramal.