CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 30 October 2011

~Ingat Pesan Mama~

Mama berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,

Ingat pesan Mama, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,

Ingat pesan mama, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..

Ingat pesan mama, jika mama sudah tiada abahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Abahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..


Ingat pesan mama, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..

Ingat pesan mama, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..


Ingat pesan mama, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi

Ingat pesan mama, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…

Ingat pesan mama, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…



Mama hanya mampu berpesan, Mama bukan ilmuan…Mama sayang kamu…Mama tidak mahu kamu kekeringan....


Ingatlah Pesan Mama.....

Saturday 8 October 2011

Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·¨¯`♥ AWAS!! 10 PINTU ''PERANGKAP'' SYAITAN ♥¨¯`Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·

Berhati-hatilah kalian semua dengan hasutan dan godaan Syaitan, kerana SYAITAN telah bersumpah dengan Allah SWT yang mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Ini berikutan dendam selepas dilaknati Allah SWT kerana enggan `tunduk' kepada Nabi Adam as.


Berikutan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti di dalam hadis ini: "Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat.


Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini....

1. TAMAK DAN BURUK SANGKA.
♥ Lantas aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berada dengan apa yang ada setelah berusaha berakhir.

2. CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN.
♥ Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kadatangan maut secara tiba-tiba.

3. CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN.
♥ Lantas aku menghadapinya dengan meyakini pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah.

4. UJUB(Kagum dengan diri sendiri).
♥ Lalu aku menghadapinya dengan menyukuri nikmat pemberian Allah dan Takutkan balasaan Seksa Allah.

5. PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA.
♥ Lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG.
♥ Lalu aku menghadapinya dengan sikap ikhlas dan Tawaduk.

7. HASAD.
♥ Lalu aku menghadapiya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta Redha di atas pemberian Allah terhadap Makhluk-Nya.

8. BAKHIL.
♥ Lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa dengan ada di tangan makhluk-Nya.

9. TAKBUR.
♥ Lalu aku menghadapi dengan meyakini sifat Tawakal dan rendah Diri.

10. TAMAK.
♥ Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesat yang ada pada MANUSIA.

~~> Astaghfirullah..Renung2kanlah!!T__T

Rujukan : Majalah Prime SMTB Edisi 18/2009

♥♥..SAHABAT sampai SYURGA..Amin Ya Rabb..♥♥



6 Tip Bersahabat Kerana Allah

1.Berlaku baik terhadap diri dan orang lain.
-Sentiasa berlaku terhadap orang lain seperti yang telah diriwayat oleh Usamah Ibn Shareek berkenaan saranan Nabi Muhammad ketika ditanya:"Apakah pemberian terbaik oleh seorang manusia?"Jawabnya"Perbuatan Baik"(Riwayat Tabrani).

2.Fahami bahawa setiap kelebihan adalah rezeki Allah.
-Elakkan rasa dengki dan tidak berpuas hati terhadap kelebihan orang lain. Jadikan kelebihan tersebut sebagai sumber untuk dipelajari dan elakan diri daripada terdorong mencari jalan menyusahkan orang lain.Kelebihan diri harus dikongsi dengan meletakkan niat tidak ada daya yang memberi kelebihan tersebut melainkan Allah.Sabda Rasulullah:Jangan lah kamu berhasad dengki antara satu sama lain.(Riwayat Bukhari)

3.Timbulkan Rasa malu untuk berkelakuan kurang elok dihadapan rakan.
-Rasa malu adalah sempadan yang baik dalam membina karakter persahabatan yang baik.Rasa malu secara lansung menggambarkan rasa hormat terhadap perasaan orang lain yang melihatkannya.

4.Bentuk jiwa persahabatan mukmin kerana Allah.
-Manusia yang membentuk tali persahabatan kerana Allah,sentiasa mencari ruang untuk memotivasikan dirinya kearah kebaikan bersama-sama.Persahabatan positif merupakan ibadah dan merupakan pelaburan jangka panjang diakhirat.

5.Seboleh-bolehnya cuba untuk memberi gambaran dan imej yang baik terhadap rakan-rakan dan meletakkan kelebihan dan kebaikan melebihi perbuatan buruknya.

6.Berilah nasihat baik yang datang dari hati.
-Nasihat timbul atas rasa sukakan kebaikan dan kasih sayang terhadap seseorang
Elakkan nasihat-nasihat yang bertujuan menegur dan memalukannya atau menunjukan kepandaian diri.Nasihat yang baik adalah satu doa untuk kebaikan terhadap sahabat.Sampaikan secara peribadi bukan keadaan terbuka.

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi