CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 8 October 2011

♥♥..SAHABAT sampai SYURGA..Amin Ya Rabb..♥♥



6 Tip Bersahabat Kerana Allah

1.Berlaku baik terhadap diri dan orang lain.
-Sentiasa berlaku terhadap orang lain seperti yang telah diriwayat oleh Usamah Ibn Shareek berkenaan saranan Nabi Muhammad ketika ditanya:"Apakah pemberian terbaik oleh seorang manusia?"Jawabnya"Perbuatan Baik"(Riwayat Tabrani).

2.Fahami bahawa setiap kelebihan adalah rezeki Allah.
-Elakkan rasa dengki dan tidak berpuas hati terhadap kelebihan orang lain. Jadikan kelebihan tersebut sebagai sumber untuk dipelajari dan elakan diri daripada terdorong mencari jalan menyusahkan orang lain.Kelebihan diri harus dikongsi dengan meletakkan niat tidak ada daya yang memberi kelebihan tersebut melainkan Allah.Sabda Rasulullah:Jangan lah kamu berhasad dengki antara satu sama lain.(Riwayat Bukhari)

3.Timbulkan Rasa malu untuk berkelakuan kurang elok dihadapan rakan.
-Rasa malu adalah sempadan yang baik dalam membina karakter persahabatan yang baik.Rasa malu secara lansung menggambarkan rasa hormat terhadap perasaan orang lain yang melihatkannya.

4.Bentuk jiwa persahabatan mukmin kerana Allah.
-Manusia yang membentuk tali persahabatan kerana Allah,sentiasa mencari ruang untuk memotivasikan dirinya kearah kebaikan bersama-sama.Persahabatan positif merupakan ibadah dan merupakan pelaburan jangka panjang diakhirat.

5.Seboleh-bolehnya cuba untuk memberi gambaran dan imej yang baik terhadap rakan-rakan dan meletakkan kelebihan dan kebaikan melebihi perbuatan buruknya.

6.Berilah nasihat baik yang datang dari hati.
-Nasihat timbul atas rasa sukakan kebaikan dan kasih sayang terhadap seseorang
Elakkan nasihat-nasihat yang bertujuan menegur dan memalukannya atau menunjukan kepandaian diri.Nasihat yang baik adalah satu doa untuk kebaikan terhadap sahabat.Sampaikan secara peribadi bukan keadaan terbuka.

0 comments:

Post a Comment