CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 2 July 2011

Abah...

Abah….
Dilewat usia tua yang hampir ini...
Aku sedar semua kesilapan....
Akur pada kedegilan yang membawa pilumu sampai kini...

Namun....

Aku tidak gagal dalam perjalanan kedua dan ketiga....
Yang membolehkan aku senyum...
Walau senyum itu tidak lama...
Kerana...
Aku tidak senasib setelah mencuba menunaikan sebuah impian menggunung...

Abah….
Duduk aku disini bukan aku lari...
Hanya satu niat bahawa aku mampu terus hidup...
Hidup diatas kaki bukan hati semata..

Abah….
Sebenarnya kau boleh senyum...
Kerana waris warismu tidak senasib seperti aku.....
Aku bangga dengan apa mereka miliki...
Walau seringkalinya aku sakit pada semua pertemuan....
Sakit merindui sesuatu darimu....Abah.....

Abah….
Senyumlah....
Meskipun hingga detik ini...
Aku belum pasti inikah perjalanan terakhir...
Atau...
Mungkin kembali kepada asal mula dewasaku....
Mencari kebenaran atau kepalsuan....
Pada nama atau hakikat seorang…..Anak......

0 comments:

Post a Comment