CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 30 April 2011

Coretan Di Hari Kelahiranku..

"Usiaku Semakin Meningkat, Ajal Pun Semakin Dekat..."

Inilah antara ayat-ayat sms yang akan saya berikan kepada sesiapa teman yang menyambut hari kelahirannya. Hari ini, saya menyambut hari kelahiran yang ke-21 tahun. Dan saya tujukan kata-kata keramat ini, khusus buat diri saya. Yang selalu leka dan alpa dlm m'jalani liku-liku kehidupan ini. Mudah-mudahan Dia akan sentiasa memandang saya dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Terlalu banyak nikmat yang tidak mampu saya hitung sejak lahir hingga ke hari ini. Nikmat saya ialah kerana masih mempunyai mak dan ayah serta keluarga yang sentiasa sayang pada saya. Nikmat merasai pengalaman bagaimana bergelar pelajar & mengenali siapa kawan dan lawan dalam kehidupan yang kian mencabar diri dan mengenali pelbagai ragam manusia di sekeliling saya.

Hebat sungguh percaturan Dia. Sehingga kalau di hitung, hampir kepada tiada apa yang saya 'berikan' kepada Dia. Ketaatan, selalu sahaja leka. Kecintaan, kadangkala alpa. Yang ada, hanya kelalaian.

Terima kasih Tuhan, kerana Kau pertemukan aku dengan sekalian insan yang pernah dan selalu membahagiakan ku. Walau terkadang sesekali aku tewas, mengalir air mata kerana manusia, makhluk ciptaan Mu yang sekalian lemah, namun Kau sentiasa ada. Engkau sering dekat. Engkau sering hampir. 

Tuhan, aku seringkali ingkar perintahMu. Namun sehingga ke usia yang ke-21 ini, aku masih mampu bernafas dengan keizinan Mu. Aku masih menghuni di bumi Mu. Aku masih Kau beri peluang, nikmat, untuk merasai kebahagiaan di dunia Mu ini. Ampunkan segala dosa-dosa silam ku. Semoga ada sinar dan cahaya buat menerangi hamba Mu yang hina ini Wahai Allah...
Jangan lah Kau palingkan aku dari selalu mengingati Mu...
Semoga CINTA ku terhadap Mu akan menguatkan cinta nya terhadap ku...TERIMA KASIH YA ALLAH...


0 comments:

Post a Comment