CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 5 December 2011

✿••► Aku membuka mata..

Mula melihat keluasan dunia..
Terpesona dengan keindahan alam ciptaanMU..
Dan ku sangat bersyukur dilahirkan ke dunia ini..
Sebagai UMAT ISLAM..

Ku mengetahui betapa hebatnya kita..
Menawan 2/3 dunia..
Menakluk parsi, andalus..konstantinopel..
Menguasai jalan darat dan laut..
Mengenggam ilmu sains dan teknologi..

Tetapi itu SEMALAM..!!
Bagaimana hari ini???
Kemusnahan..
Peperangan..
Tangisan..
penderitaan..
keganasan..

Di manakah kita..
Ketika saudara di sana merempat tak tentu arah?
Di manakah kita..
Ketika saudara di sana kebuluran?
Di manakah kita..
Ketika saudara di sana dianiayai bagai binatang?
Di manakah kita..
Ketika saudara di sana berjuang di medan perang?

DI MANAKAH KITA???

Ku cuba mengamati..
Di sini ku dapat melihat..
Sibuk mengejar cita-cita..
Ghairah mencari cinta sejati..
Hiburan menjadi keutamaan!!

Kita sangka hidup dah memenuhi TUJUAN..
Asalkan memenuhi RUKUN ISLAM sudah memadai..
Agama digunapakai untuk perkahwinan dan kematian sahaja?
Hukum di tafsir mengikut akal dan nafsu??
Saf-saf kini seolah-olah bertukar kiblat..
Al-Quran diketepikan..
‘kitab hiburan’ diagung-agungkan..
Saudara di sana tidak dipedulikan..
Gossip hiburan menjadi prioriti..
Ulama dipinggirkan..
Artis dijulang tinggi..
Pakaian membungkus diri dipandang pesong..
Pakaian mengejar fesyen menjadi pilihan..

>>>Wahai diri, KENAPA hanya MAMPU MELIHAT tetapi tidak mampu MENGUBAH?APAKAH KITA hendak JAWAB DI HADAPAN ALLAH KELAK?
••

0 comments:

Post a Comment